Buat julung-julung kalinya, Masjid Ar-Raudhah akan menganjurkan Seminar Raudhatul Quran: Rahsia Keajaiban Membaca dan Memahami Al-Quran pada 16 Julai ini, menyusuli festival Al-Quran, Quranfest.
Seminar itu akan berlangsung sebelum Majlis Tilawah & Tahfiz Al-Quran Kebangsaan Singapura (MTTQ) yang bakal diadakan pada 29 dan 30 Julai ini bagi menyemarakkan lagi semangat agar jemaah mencintai kitab suci Al-Quran, sekali gus memakmurkan masjid...





