Pelancong Singapura yang melawat Indonesia jelang hujung tahun ini boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk membuat pembayaran menggunakan kod QR daripada akaun bank yang dihubungkan dengan kaedah pembayaran menerusi khidmat Nets mereka, kata seorang pegawai Bank Indonesia (BI).
Pada masa yang sama, perniagaan dan individu dari Indonesia pula akan dapat mengimbas kod QR yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan e-pembayaran Nets...





