SILVERSTONE (England): Max Verstappen memenangi Grand Prix Britain untuk melebarkan jurang pendahuluan Formula Satu (F1) kepada 99 mata pada Ahad ketika Red Bull menyamai rekod McLaren pada 1988 dengan memenangi 11 perlumbaan berturut-turut.
Lando Norris dari McLaren menyambar tangga kedua di depan 160,000 penonton di Silverstone, dengan warga senegara Britain dan juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di...





