Sebaik sahaja menyedari beliau telah memenangi gelaran Masters Terbuka Lelaki di Terbuka Antarabangsa Thailand pada Sabtu, pemain boling negara, Muhammad Jaris Goh, menggenggam tangannya sambil berteriak meraikan kemenangan.
Sorakan meriah itu adalah sesuatu yang istimewa bagi Goh, 28 tahun, dan ada beberapa sebab mengapa kemenangannya ke atas pemain Malaysia, Nevern Netaneel, 225-181 dalam perlawanan akhir peringkat stepladder menimbulkan reaksi sedemikian...





