Arah tuju kumpulan wanita Malaysia, Dolla, sekitar empat tahun lalu masih menjadi tanda tanya ketika mereka mula bertapak dalam industri hiburan tatkala pandemik Covid-19 mula melanda.
Bahkan, dalam satu temu bual bersama Berita Minggu (BM), empat gadis yang mesra dengan panggilan Sabrina (Sabronzo), Tabby, Angel dan Syasya, juga melahirkan kebimbangan kerana Covid-19 menyekat pergerakan mereka dengan sebilangan besar persembahan tidak...




