Jurudandan ikonik Singapura, Cik Fatimah Mohsin, mempunyai dua pilihan penggunaan bedak asas atau foundation, dan menggunakannya bergantung kepada kesesuaian acara.
Jika beliau menghadiri acara-acara rasmi yang memerlukan beliau bergaya rapi, beliau menggunakan foundation daripada Huda Beauty #FauxFilter Luminous Matte Liquid Foundation, produk yang diasaskan Huda Khattan dari Amerika Syarikat yang dilancarkan di Dubai.





