JUNAM: Secara keseluruhan, NODX ke 10 pasaran teratas Singapura menyusut pada Julai, diterajui kejatuhan eksport ke Kesatuan Eropah, Taiwan dan China.
Ekonomi & kerjaAug 17, 2023 | 1:42 PM

Eksport S’pura susut 20.2% pada Julai, kadar kemerosotan terbesar sejak Jan

Eksport domestik bukan minyak (Nodx) Singapura merosot sebanyak 20.2 peratus pada Julai, iaitu kejatuhan lebih ketara daripada penguncupan 15.6 peratus pada Jun, menurut data dari Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Khamis.

Ini sekaligus menandakan penurunan bulan ke-10 berturut-turut, dan perangkaan itu adalah lebih tinggi daripada ramalan penguncupan sebanyak 14.3 peratus oleh pakar ekonomi.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu (berdiri kanan) ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Nasional Amanah 2026 di Shah Alam, Selangor, pada 22 November.
MalaysiaNov 23, 2026 | 4:13 PM

Parti Amanah usulkan PH hadapi PRU16 tanpa BN

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) akan membawa cadangan supaya Pakatan Harapan (PH) bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), tanpa bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), ke mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu.

Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata cadangan itu terkandung dalam usul yang diluluskan perwakilan pada Konvensyen Nasional Amanah 2026 di Shah Alam pada 22 November.

Sebuah kereta melalui bahagian Jalan Seaview di mana paras air naik pada 10 Januari 2025, apabila hujan turun berterusan sewaktu air pasang tinggi.
SingapuraNov 23, 2026 | 4:08 PM

PUB: Risiko banjir kilat pada 26-28 Nov, sekitar Krismas, akhir Jan

Agensi air negara, PUB, memberi amaran bahawa air pasang tinggi diramal dari 26 hingga 28 November dan boleh mengakibatkan banjir kilat jika hujan turun ketika itu.

Air pasang antara 3.3 dengan 3.5 meter juga dijangka pada beberapa hari sekitar Krismas dan pada Januari 2027.

Kawasan tanah berhutan di sepanjang Pasir Ris Drive 4 telah dikenal pasti untuk pembangunan sebuah kejiranan baharu berhampiran Sungei Loyang.
SingapuraNov 23, 2026 | 3:53 PM

Kejiranan baharu dekat Pasir Ris dirancang, HDB kekalkan biodiversiti, 13 hektar habitat pesisir

Satu kejiranan baharu dengan gabungan rumah awam dan privet akan dibina di sebuah tapak berhutan di sepanjang Pasir Ris Drive 4, memandangkan permintaan perumahan yang tinggi di kawasan tersebut, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 23 November.

Ia telah mencadangkan untuk memelihara kira-kira 13 hektar kawasan semula jadi sedia ada, termasuk kawasan pesisir dan tumbuh-tumbuhan, susulan satu Penilaian Kesan...

Anugerah Kebangsaan, Presiden Tharman Shanmugaratnam, Darjah Utama Bakti Cemerlang, pakar tembikar, Iskandar Jalil
SingapuraNov 23, 2026 | 3:50 PM

Pakar tembikar, Ketua Hakim antara yang diiktiraf Anugerah Kebangsaan

Pakar tembikar terkemuka, Dr Iskandar Jalil; Ketua Hakim Negara, Encik Sundaresh Menon dan mantan Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Encik Eddie Teo Chan Seng antara lebih 400 individu yang menerima penghormatan Hari Kebangsaan dalam satu majlis di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central pada 22 November.

Presiden Tharman Shanmugaratnam, yang menyampaikan anugerah tersebut, memberi penghargaan kepada para penerima atas khidmat bakti...

Rebat, cukai harta, rumah milik sendiri pada 2027, flat HDB, MOF, Iras
SingapuraNov 23, 2026 | 3:41 PM

Rebat cukai harta sekali sahaja untuk semua rumah milik sendiri pada 2027

Pemilik rumah akan menerima rebat cukai harta sekali sahaja sebanyak 15 peratus bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang didiami sendiri. Bagi rumah privet pula, rebat sebanyak 10 peratus akan diberikan, dengan had maksimum $100 pada 2027.

Ini akan membantu mengurangkan kesan pembayaran cukai harta ke atas rakyat Singapura di tengah-tengah kebimbangan mengenai kos sara hidup, kata Kementerian Kewangan...

Peraduan memasak beri ruang banduan asah bakat, bina keyakinan diri
Play Video

Masjid Tampines North tampil ciri mesra keluarga; mampu tampung 4,000 jemaah
Play Video

Pusat Sukan ActiveSG Punggol rasmi dibuka 22 November!
Play Video

Di sebalik tabir kerjasama BH-Singa Legends
Play Video

Pusat Sukan ActiveSG Punggol rasmi dibuka 22 November!
Play Video