Mulai separuh kedua 2024, lebih banyak subsidi akan diberikan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bagi pembeli yang ingin membeli flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di kawasan perumahan yang berdekatan dengan bandar, ataupun yang berdekatan dengan lokasi yang lebih menarik.
Ini menyusuli pengumuman Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa Rapat Hari Kebangsaan 2023 pada Ahad bahawa flat-flat baru tidak...





