PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia komited untuk sentiasa mengimbangi pelaburan asing secara langsung (FDI) dan Pelaburan Langsung Domestik (DDI) bagi merangsang pembangunan yang lestari dan seimbang di seluruh negara.
Bagi mencapai tujuan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan menetapkan DDI sebagai antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menjana jumlah pelaburan negara.





