Singapura mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi kemungkinan operasi pengaruh luar dalam masyarakat, namun identitinya yang kukuh menjadi benteng dalam menghadapi tekanan seperti itu, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan pada Rabu.
Beliau berkata demikian dalam respons kepada soalan pemberita CNN International, Cik Christiane Amanpour, berkaitan tindakan pemerintah terhadap laporan yang menyatakan China kini berusaha mempengaruhi orang Cina dari seluruh...





