Sekitar 200 sukarelawan telah berkumpul untuk mencuci kereta dan mengumpulkan dana lebih $100,000 bagi Children’s Aid Society (CAS) pagi Ahad.
Usaha amal itu diadakan di enam stesen Esso di seluruh Singapura, termasuk stesen Esso di 399 Lorong 2 Toa Payoh, yang dihadiri oleh Encik Seah Kian Peng, Speaker Parlimen dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan NTUC Enterprise (NE).





