Seorang wanita warga Singapura terkorban dalam satu nahas jalan raya pada Ahad malam, apabila sebuah van persiaran yang membawa 10 pelancong dari sini terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Bukit Genting, Pulau Pinang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, dalam satu kenyataan pada Isnin, berkata dalam kalangan 11 mangsa, termasuk pemandu van warga Malaysia, empat dilaporkan...





