KENAIKAN PERLAHAN: Kenaikan harga flat HDB pada suku ketiga 2023 lebih rendah daripada kenaikan suku harga purata pada 2022. Namun jumlah flat yang dijual pada harga sekurang-kurangnya $1 juta meningkat.
SingapuraOct 2, 2023 | 6:23 PM

Harga flat jualan semula HDB naik 1.2% suku ketiga 2023

Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik sedikit pada suku ketiga 2023, sebanyak 1.2 peratus, tetapi pada kadar yang lebih perlahan daripada 1.5 peratus pada suku sebelumnya.

Menurut laporan The Straits Times,ini menandakan kenaikan harga suku ke-14 berturut-turut sejak suku kedua 2020, menurut anggaran HDB pada 2 Oktober.

kemboja sindiket penipuan
DuniaSep 23, 2026 | 3:05 PM

PM Hun Manet: Kemboja bukan ‘tempat selamat’ sindiket penipuan

PHNOM PENH: Kemboja tidak akan membenarkan negaranya menjadi tempat berlindung sindiket penipuan dalam talian, kata Perdana Menteri Hun Manet, ketika Phnom Penh berusaha menunjukkan kesungguhannya membanteras industri penipuan rentas sempadan bernilai berbilion dolar.

Berucap pada pembukaan persidangan antarabangsa mengenai penipuan siber di Phnom Penh pada 23 September, Encik Hun Manet berkata pemerintahnya juga mahu memperkukuh kerjasama dengan negara lain bagi...

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Encik Farhan Sufyan Borhan, menunjukkan peta memaparkan empat daerah di Kelantan yang berisiko tinggi alami peningkatan kejadian pembakaran terbuka ketika fenomena Super El Nino.
MalaysiaSep 23, 2026 | 3:04 PM

Fenomena Super El Nino: Penduduk Kelantan siap siaga, bimbang krisis air bawah tanah

KOTA BHARU: Penduduk Kelantan yang bergantung kepada bekalan air bawah tanah mula membuat persiapan awal menghadapi fenomena Super El Nino di negeri itu, yang dijangka bermula November depan.

Rata-rata mereka bimbang telaga tiub atau perigi yang biasanya berkedalaman antara 20 hingga 40 kaki akan mengering akibat cuaca panas berpanjangan.

antirasuah, M’sia, SPRM
MalaysiaSep 23, 2026 | 2:55 PM

652 penjawat awam M’sia terima ganjaran RM1.18j kerana adu rasuah

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1.18 juta ($370,000) ganjaran sudah diberikan kepada 652 penjawat awam yang tampil melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah sepanjang tempoh 2012 hingga 2025.

Ganjaran itu adalah sebagai pengiktirafan terhadap keberanian mereka dalam membantu membanteras kegiatan rasuah.

admm-plus
DuniaSep 23, 2026 | 2:52 PM

2,200 anggota dari 19 negara sertai latihan tindak balas bencana terbesar di Indonesia

JAKARTA: Sekitar 2,200 anggota tentera dan pegawai awam dari 19 negara menyertai latihan tindak balas bencana besar-besaran di Banten, Indonesia, menjadikannya latihan terbesar di bawah kerangka Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean Plus (ADMM-Plus) dalam tempoh sedekad berdasarkan jumlah peserta.

Latihan Trident Resolve, yang berlangsung dari 20 hingga 26 September, menghimpunkan kesemua 11 negara Asean bersama lapan rakan dialog – Australia, China,...

Gempa bumi lemah, Batu Pahat, MetMalaysia
MalaysiaSep 23, 2026 | 2:44 PM

Gempa bumi magnitud 4.4 gegar perairan Batu Pahat

BATU PAHAT: Gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 berlaku di perairan barat daya Batu Pahat, Johor, pada 4.55 petang, 22 September.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa itu terletak pada koordinat 1.7 darjah utara dan 102.7 darjah timur, kira-kira 27 kilometer di barat daya Batu Pahat.

[OMGxBH] Jom sertai komuniti Telegram OMGxBH!
Play Video

[OMGxBH] 3 tip oleh Coach Irfan untuk PSLE
Play Video

[OMGxBH] Apabila orang dewasa cuba kertas matematik PSLE...
Play Video

Dahulu pelanggan beratur di luar kedai, kini niaga ‘bombolini’ di TikTok Live
Play Video

3 tarikan utama Festival of Thrills!
Play Video