Singapura mempunyai beberapa lapisan pertahanan di dalam sektor hartanah untuk mengurangkan risiko pengubahan wang haram dan melindungi sistem tersebut daripada disalahgunakan, kata Menteri Kedua Kewangan, Cik Indranee Rajah.
Bercakap di Parlimen sebagai menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) pada Selasa, Cik Indranee berkata ejen hartanah, agensi hartanah dan pemaju memainkan peranan sebagai barisan pertama pertahanan atau penjaga pintu kerana merekalah yang...





