Firma teknologi pertahanan Perancis, Thales, merancang merekrut lebih 1,000 orang di Singapura sepanjang tiga tahun akan datang, satu langkah yang akan meningkatkan pekerjanya sebanyak 50 peratus, kata ketua eksekutifnya, Encik Patrice Caine, pada Khamis.
Ini adalah sebahagian daripada pelaburan Thales untuk meluaskan kehadirannya di Singapura, kata beliau dalam majlis jamuan malam gala bagi menyambut ulang tahun ke-50 tahun syarikat itu...





