Beberapa orang awam telah bekerjasama dengan pegawai bomba untuk cuba memadamkan satu kebakaran seluas padang bola sepak di sebuah plot tanah lapang di Bukit Batok petang Khamis.
Menggunakan paip air dan alat pemadam api, penduduk berkenaan juga telah bertindak dengan membantu pegawai bomba mengangkat getah paip ke tempat kejadian untuk cuba menyekat api yang semakin merebak di kawasan rumput tanah...





