ALOR SETAR: Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) mendakwa kemungkinan berlaku campur tangan kartel dalam menentukan harga belian padi sehingga menyebabkan harga turun kepada RM1,200 ($347.55) satu tan ketika ini.
Pengerusi PeSAWAH, Encik Mohd Fuad Yaacob, berkata adalah mengejutkan apabila harga belian padi di kilang pada RM1,700 satu tan secara tiba-tiba diarahkan turun kepada RM1,200 mulai 3 Oktober lalu.





