Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengutuskan ucap tahniah kepada Presiden baru Pertapis, Encik Mohamed Shaharin Mohamed Nordin, atas pelantikannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-53 Pertapis baru-baru ini.
Encik Mohamed Shaharin, yang sebelum ini merupakan setiausaha agung Pertapis, mengambil alih jawatan itu bagi penggal dua tahun yang berakhir pada 2025.





