Palang Merah Singapura (SRC) menyumbang AS$150,000 ($205,415) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan Magen David Adom sebagai bantuan kemanusiaan untuk konflik Palestin-Israel.
SRC juga telah melancarkan satu usaha mengumpul derma bermula Isnin bagi operasi bantuan dan pemulihan. Usaha mengumpul derma ini akan berakhir pada 31 Januari 2024.
CEO SRC, Encik Benjamin William, berkata: “Kami amat prihatin terhadap keganasan yang...




