Tidak ramai aktivis seni yang pernah berurusan dengannya tahu mantan penasihat Perkumpulan Seni, Encik Hamim Hassan, yang pernah memimpin kumpulan kegiatan seni dan budaya Melayu itu, mengharungi tempoh mencabar dengan penyakit barah.
Justeru, apabila berita mengenai pemergiannya pada Selasa lalu dimuat naik beberapa individu di Facebook, rasa terkejut di hati. Lantas, kehilangan seseorang yang banyak berbakti mengendalikan dan menganjurkan acara...





