KUALA LUMPUR: Malaysia kekal dengan pendiriannya hanya mengiktiraf keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bersifat berbilang negara, atau multilateral, berhubung konflik Israel-Palestin.
Dengan itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara, termasuk Amerika Syarikat, yang mengenakan sekatan sehala terhadap individu, agensi atau negara yang memberi sokongan kepada kumpulan...





