Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

M’sia tolak ura-ura AS kenakan sekatan ke atas pihak sokong Hamas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia tolak ura-ura AS kenakan sekatan ke atas pihak sokong Hamas

Kerajaan hanya iktiraf keputusan PBB yang bersifat berbilang negara, bukan keputusan sehala sembarang negara: Anwar
Nov 07, 2023 | 03:30 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia kekal dengan pendiriannya hanya mengiktiraf keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bersifat berbilang negara, atau multilateral, berhubung konflik Israel-Palestin.


Dengan itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak mengiktiraf keputusan mana-mana negara, termasuk Amerika Syarikat, yang mengenakan sekatan sehala terhadap individu, agensi atau negara yang memberi sokongan kepada kumpulan Hamas.

“Pertamanya, kita tidak bersetuju dengan cara yang dibuat Amerika, dan keduanya, ia tidak mempengaruhi dasar dan keputusan kita.

“Semalam saya menghubungi beberapa sahabat dan negara Islam yang memberikan pendirian sama… sebab itu hubungan dengan Hamas kita teruskan dulu dan sekarang, serta tidak menghukum mereka sebagai pengganas,” kata beliau, lapor Berita Harian Malaysia pada Selasa.


Datuk Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan Encik Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang), yang meminta beliau menyatakan pendirian kerajaan Malaysia berhubung tindakan terkini Dewan Perwakilan Amerika meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan Pembiayaan Antarabangsa Hamas untuk mengenakan sekatan terhadap pihak luar yang menyokong kumpulan Hamas dan jihad Islam Palestin.

Datuk Anwar berkata Hamas tidak pernah diklasifikasikan sebagai entiti atau pertubuhan pengganas oleh Majlis Keselamatan PBB, walaupun terdapat cadangan dari negara Barat untuk berbuat demikian.

Beliau berkata sekiranya Majlis Keselamatan PBB mengklasifikasikan sesebuah entiti sebagai sebuah pertubuhan pengganas, Malaysia perlu meratifikasi pelaksanaan senarai sekatan dalam penguatkuasaan undang-undang antipengganasan.

“Senarai sekatan ini diselia Kementerian Dalam Negeri. Pada masa sama, pendirian kerajaan Malaysia adalah hanya untuk mengiktiraf sekatan yang diklasifikasikan oleh Majlis Keselamatan PBB dan bukan sekatan sehala.

“Meskipun pendirian Malaysia tetap teguh dalam menyokong Palestin, sekiranya pelaksanaan RUU ini berkuat kuasa ia dijangka memberi kesan kepada Malaysia,” katanya.

Datuk Anwar berkata sebarang sekatan terhadap Malaysia akan mempengaruhi penilaian kerajaan dan syarikat Amerika terhadap Malaysia serta menjejas peluang pelaburan syarikat negara itu di Malaysia.

Menurut beliau, kebarangkalian RUU itu diluluskan di Dewan Negara (Senat) serta ditandatangani Presiden Amerika, Encik Joe Biden, adalah tinggi berikutan kebanyakan anggotanya lebih bersifat pro-Israel.

“Sehubungan itu, Malaysia akan meneliti dan memantau rapat perkembangan dan pelaksanaan RUU itu sekiranya ia diluluskan,” katanya.

Mengulas lanjut, Datuk Anwar berkata Malaysia berpegang teguh pada prinsip yang termaktub dalam Piagam PBB, termasuk hak untuk negara-negara mempertahankan kedaulatan dan keselamatan masing-masing.

Hak itu, katanya, tidak boleh dimanipulasi dan disalah guna untuk meneruskan kegiatan penjajahan haram, pembersihan etnik serta pembunuhan beramai-ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >