Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berharap Amerika Syarikat akan terus menjalin hubungan lebih mendalam dengan Asia, pada masa kebimbangan mengenai keselamatan rantau ini mengatasi pertimbangan perdagangan.
“Hari ini, di tengah-tengah persekitaran sejagat yang lebih kompleks, kebimbangan strategik dan keselamatan semakin mengatasi pertimbangan perdagangan bebas dan kebajikan ekonomi,” ujar Encik Lee semasa melancarkan Pusat Luar Negara Enterprise Singapore (EnterpriseSG) di...





