Di tengah-tengah Pasar Bulat Tampines di blok 137 Tampines Street 11, terdapat ‘syurga’ nasi lemak yang muncul pada Januari 2017, dikenali sebagai Nasi Lemak Specialist.
Cetusan idea pemilik, Cik Mazwin Khan, usahawan berusia 58 tahun, dan anaknya, Encik Abdul Qadir Mohammad Yusoff, 31 tahun, usaha mereka berniaga nasi lemak telah menarik perhatian ramai kerana mutu nasi lemak mereka yang sedap...





