Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aroma nasi lemak ‘Specialist’ pikat selera di Tampines, Eunos

Nov 25, 2023 | 05:30 AM



Di tengah-tengah Pasar Bulat Tampines di blok 137 Tampines Street 11, terdapat ‘syurga’ nasi lemak yang muncul pada Januari 2017, dikenali sebagai Nasi Lemak Specialist.

Cetusan idea pemilik, Cik Mazwin Khan, usahawan berusia 58 tahun, dan anaknya, Encik Abdul Qadir Mohammad Yusoff, 31 tahun, usaha mereka berniaga nasi lemak telah menarik perhatian ramai kerana mutu nasi lemak mereka yang sedap lagi menyelerakan.

Bahkan, ia turut mendapat perhatian daripada penerbit saluran YouTube Night Owl Cinematics yang dikenali sebagai ‘Food King’.

Dengan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, mereka mengorak langkah membuka cawangan kedua yang dikenali sebagai Aroma Nasi Lemak, di Pasar dan Pusat Makanan Eunos Crescent, dua bulan lalu.

Gerai mereka terletak di unit #01-09, Blok 4A, Eunos Crescent.

Apa yang membezakan kedai itu daripada kedai nasi lemak lain ialah penyusunan rapi setiap bahan bagi nasi lemaknya.

Beras basmati, dipilih untuk teksturnya yang ringan dan gebu. Ia dimasak dengan santan, justeru ada perisa kelapa yang tepat untuk menghasilkan hidangan nasi lemak

Ia ditambah pula dengan ayam digoreng keemasan, isi tidak kering dan berperisa, dipadankan dengan sambal buatan sendiri, yang manis dan pedas.

“Sementara cawangan Tampines terkenal dengan set kepak ayam yang laris, di Eunos kami memperkenalkan menu baru, iaitu Nasi Lemak Ayam Bakar.

Ia adalah ciptaan istimewa terutamanya di cawangan terbaru yang mempunyai haruman yang memikat.

“Hidangan nasi lemak dinikmati dengan kuah ayam bakar yang seperti kuah gulai,” kongsi pemilik bersama Aroma Nasi Lemak, Encik Qadir yang meluangkan masa sebulan untuk membangunkan hidangan rumit itu.

Proses yang teliti untuk hidangan itu melibatkan masa penyediaan tiga hingga empat jam, menggabungkan masakan awal dengan pemanggangan seterusnya untuk mencapai aroma yang menggoda.


“Di cawangan Tampines, ayam goreng yang paling laris. Walaupun penyediaan ayam goreng mudah, apa yang membuatkan ayam itu sedap ialah setiap ayam digoreng baru. Kami menggunakan perapan empat bahan dan biarkan ia meresap semalaman,” tambah pemilik Aroma Nasi Lemak, Cik Mazwin.


Kedai nasi lemak yang terkenal dengan mutu makanannya, menitikberatkan aspek cara sajian itu dihidangkan yang sangat genting bagi kededua pemiliknya.

“Saya sangat teliti dengan bagaimana kami menghidang nasi lemak kami, walaupun pelanggan pilih untuk bawa pulang.

“Dengan memastikan ia disiapkan dengan betul, ia akan membantu menimbulkan rasa selera apabila mereka melihat hidangan terlebih dahulu sebelum menikmatinya,” kata Cik Mazwin.

Pemiliknya memutuskan untuk membuka kedai nasi lemak kerana ia merupakan hidangan ringkas yang sangat digemari oleh pelbagai peringkat umur dan bagi mereka yang berbeza latar belakang budaya.


“Kedai nasi lemak lebih mudah dikendalikan berbanding dengan nasi padang kerana terdapat banyak komponen yang memerlukan perhatian dengan masa penyediaan yang lebih lama,” kata Cik Mazwin.


Encik Qadir, yang pada mulanya tidak berminat dalam perniagaan makanan & minuman (F&B), mendapati dirinya belajar di bawah sayap ibunya apabila menghadapi cabaran mendapatkan pekerja timbul.


“Mendapatkan pekerja untuk kedai itu amat sukar dan itulah yang mencetuskan hasrat saya untuk membantu ibu saya.


Ketika itulah dia mula mengajar saya cara menyediakan hidangan itu secara perlahan-lahan,” tambah Encik Qadir yang mempunyai latar belakang sebagai jurulatih sukan dan juga terlibat dalam Young Lions.


Dapur menjadi hidup pada waktu malam kerana persiapan dimulakan oleh pekerja mereka dengan pelbagai persiapan.

Menjelang 6:30 pagi, aroma menggoda dapat dihidu di gerai ketika pemilik memulakan proses memasak.

Populariti nasi lemak mereka terbukti apabila ia selalu habis dijual pada 1 tengah hari di Tampines dan 3 petang di Eunos.

Dalam setiap hidangan yang dihidangkan, terdapat bukti keghairahan, dedikasi dan tradisi yang menyemarakkan perjalanan Nasi Lemak Specialist dari kedai sederhana di Tampines hingga ke kedai kedua mereka, Aroma Nasi Lemak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >