Tidak mempunyai ketamadunan peribumi, sebaliknya satu set budaya yang berkembang, telah membantu negara-negara Asia Tenggara bersikap terbuka dan berdaya tahan, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam di Institut Pengajian Dasar (IPS) pada 5 Disember.
Beliau menambah, Asia Tenggara tidak pernah membentuk tamadunnya sendiri. Sebaliknya, budaya tempatan dan kebangsaannya dibentuk oleh pengaruh luar, khususnya empat tamadun purba: Indic, Sinic, Islam dan Eropah-Kristian.





