Reka bentuk stesen MRT bagi Laluan Jurong Region (JRL) dan Laluan Cross Island (CRL) sedang disemak bagi mengurangkan kegunaan bahan, sekali gus mengurangkan jejak karbon bangunan sedemikian.
Untuk JRL, yang akan dibuka secara berperingkat mulai 2027, sasarannya adalah untuk mengurangkan jumlah hasil penyiapan seni bina seperti pelapisan dan siling sebanyak 10 peratus, jelas Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).





