Singapura menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera di Gaza, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan pada 13 Disember, menekankan lagi sokongan Singapura bagi resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNGA) terbaru yang disokong majoriti anggotanya.
Singapura, sebagai penaja bersama resolusi itu telah menyertai kumpulan 153 negara yang menyokong resolusi bernama Perlindungan orang awam dan menegakkan kewajipan undang-undang dan kemanusiaan...





