Syarikat katering makanan, Shiok Kitchen Catering, telah digantung ekoran wabak gastroenteritis – radang perut dan usus – yang menjejaskan 95 individu yang melanggani firma itu.
Mereka yang terjejas jatuh sakit selepas mengambil makanan yang disediakan oleh firma itu antara 7 dengan 8 Disember, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) pada 14 Disember.





