Sebuah kereta merempuh sebatang tiang lampu di Tanjong Pagar Road pada dinihari 15 Disember, selepas dikejar pasukan polis.
Pihak polis berkata bahawa pegawai mereka berada di South Bridge Road sekitar 4.35 pagi ketika mereka mengesan sebuah kereta yang dipandu dengan kelajuan tinggi. Mereka cuba memberi isyarat supaya pemandu kereta itu berhenti, namun pemandu tersebut enggan mematuhi arahan dan terus memecut...





