JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor berkurang sedikit kepada 7,341 orang di 49 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah terjejas setakat 8 pagi 9 Januari, berbanding 7,324 orang pada malam 8 Januari.
Sementara itu, berdasarkan laporan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Negeri Johor, terdapat enam jalan di Kota Tinggi dan satu jalan di Mersing yang terjejas oleh banjir...





