Pasukan bola jaring nasional Singapura akan berentap dengan Malaysia dalam satu siri perlawanan persahabatan pada Februari.
Siri itu akan menampilkan tiga perlawanan di Singapura, iaitu pada 15, 17 dan 18 Februari.
Pasukan bola jaring nasional Singapura akan berentap dengan Malaysia dalam satu siri perlawanan persahabatan pada Februari.
Siri itu akan menampilkan tiga perlawanan di Singapura, iaitu pada 15, 17 dan 18 Februari.
Menteri Undang-Undang Singapura, Encik Edwin Tong, berkata teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan kapal tanpa pemandu (autonomi) mampu meningkatkan keselamatan pelayaran, namun turut membawa risiko dijadikan senjata dan ancaman siber.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 29 Oktober.
Sekitar 200 orang hadir di Pusara Aman, Choa Chu Kang, pada 30 Oktober bagi memberikan penghormatan terakhir kepada sepasang suami isteri yang terkorban dalam kemalangan maut di Tampines.
Pasangan tersebut dikenal pasti sebagai penunggang motosikal, Allahyarham Mohd Emirul Danial Mohd Zulkifly, dan isterinya yang sedang hamil, Allahyarhamha Nursyarafana Norazman. Kedua-duanya berusia 24 tahun.
Singapura mungkin meningkatkan import tenaga hidroelektrik jangka panjang dari Laos menerusi perjanjian melibatkan syarikat penjanaan elektrik Singapura, Tuas Power; pengendali elektrik milik pemerintah Laos, Electricite du Laos (EDL); dan Phongsupthavy Group (PSTG), pembangun swasta projek penjanaan tenaga boleh diperbaharui.
Di bawah aturan jangka panjang yang dicadangkan, Tuas Power akan mengimport 100 megawatt (MW) tenaga hidroelektrik dari Laos pada tahun pertama...
Dahulu seorang pelajar yang pemalu dan kurang yakin untuk mengambil inisiatif, Encik Muhammad Shahid Muhammad Kamal, 24 tahun, kini berazam menjadi individu pertama dalam keluarganya untuk melanjutkan pengajian ke universiti dan merealisasikan cita-citanya sebagai jurutera mekanikal.
Sedang mengikuti Diploma Bekerja dan Belajar (WSDip) dalam Kejuruteraan Sistem Mekanikal di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat, Encik Shahid mengakui bimbingan mentornya, Cik...
Pemaju hartanah yang sedang menjalankan kerja-kerja pembaharuan Tanjong Katong Complex (TKC) berkata mereka menyasar membuka semula pusat beli-belah di Geylang Serai itu kepada orang ramai menjelang separuh pertama 2028 – lebih awal berbanding garis masa 2029 yang diunjurkan sebelum ini.
Garis masa baru itu juga akan merangkumi pembinaan jejantas berukuran sekitar 60 meter panjang merentas Geylang Road yang akan menghubungkan...





