Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Cabaran M’sia menanti S’pura dalam siri perlawanan persahabatan

BOLA JARING
Jan 19, 2024 | 03:33 PM



Pasukan bola jaring nasional Singapura akan berentap dengan Malaysia dalam satu siri perlawanan persahabatan pada Februari.

Siri itu akan menampilkan tiga perlawanan di Singapura, iaitu pada 15, 17 dan 18 Februari.

Perlawanan pada 15 Februari akan diadakan di Dewan 3 OCBC Arena, manakala pada 17 dan 18 Februari di Our Tampines Hub. 

Semua perlawanan dibuka kepada orang awam secara percuma.

Siri perlawanan antara dua negara ini adalah yang pertama sejak September 2022, kata Persatuan Bola Jaring Singapura dalam satu kenyataan pada 19 Januari.

Kali terakhir adalah kemenangan 54-41 Singapura ke atas Malaysia semasa separuh akhir Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 di kota Singa.

Malaysia adalah pemenang pingat emas tiga kali Sukan SEA, manakala Singapura hanya sekali.

Pada edisi terakhir bola jaring disertakan dalam temasya sukan dwitahunan itu, Malaysia mengalahkan Singapura 48-42 dalam final untuk memenangi pingat emas di Filipina pada 2019.

Sebahagian besar skuad Singapura yang bakal bermain dalam siri ini dikekalkan daripada pasukan Singapura yang berjaya dalam Piala Negara-Negara Mirxes 2023, tambah persatuan itu.

Singapura menamatkan penantian 16 tahun untuk menjulang trofi kejuaraan ketiga mereka dalam kejohanan itu di tanah air pada Oktober 2023. 

Dua muka baru – pemain pertahanan K. Mishalenee dan penjaring Goh Wei Ping – disertakan dalam skuad kali ini, menggantikan dua pemain veteran, Charmaine Soh dan Kimberly Lim, yang mengumumkan persaraan mereka daripada sukan itu pada 2023.

Sejarah juga bakal tercipta bagi naib kapten Aqilah Andin, yang dijangka membuat penampilan antarabangsanya yang ke-100 untuk Singapura dalam siri perlawanan itu.

Pemain berusia 27 tahun itu sudah 98 kali mewakili Singapura.

Aqilah, yang kali pertama mewakili Singapura ketika berumur 16 tahun, berkata:

“Adalah impian saya untuk mencapai 100 penampilan, dan saya ghairah mendapat peluang mencapainya semasa siri perlawanan Singapura-Malaysia.

“Saya tidak sabar untuk berkongsi detik istimewa ini bersama rakan sepasukan saya di depan keluarga, rakan dan penyokong yang hebat.”

Jurulatih nasional Singapura Annette Bishop berkongsi keghairahan anak didiknya mengharungi cabaran mendatang.

Warga New Zealand itu berkata: “Siri perlawanan akan datang menentang Malaysia menyediakan peluang baik untuk pasukan kami mengukur diri berdepan lawan hebat dan membina rentak untuk pertandingan akan datang.”

Siri perlawanan antara Singapura dengan Malaysia adalah persiapan pasukan nasional bola jaring Singapura dalam jadual 2024 yang padat.

Mereka akan bertanding dalam Kejohanan Bola Jaring Asia 2024, Piala Negara-Negara Mirxes dan Sukan Dalaman dan Seni Mempertahankan Diri Asia.

Skuad Pasukan Terbuka Singapura:


Toh Kai Wei (Kapten bersama); Khor Ting Fang (Kapten bersama); Aqilah Andin (Naib kapten); Goh Wei Ping; Lee Pei Shan; Amandeep Kaur; Angelina Lim; Tan Yi Jie; Rachel Ling; K. Mishalenee; Jamie Lim; dan Reena Divya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >