Peluncur laju trek pendek Singapura, Amelia Chua, mendapat tempat di Sukan Olimpik Belia (YOG) Musim Sejuk 2024 di Gangwon, selepas sebuah negara tidak menerima tempatnya dalam temasya sukan empat tahun sekali itu.
Disebabkan itu, remaja berusia 17 tahun itu, yang tinggal di Nottingham, England, bagi pengajian dan latihannya, tidak pulang ke Singapura semasa cuti Krismas lalu untuk berlatih di sana.





