Terdapat satu siri jangkitan penyakit cacar monyet atau mpox di sini, dengan 25 daripada sejumlah 32 kes pada 2023 dikesan dalam tempoh empat bulan dari September hingga Disember.
Sebanyak 20 daripada kes itu merebak di Singapura, walaupun tidak semua sumber jangkitan diketahui, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH).





