Sesekali bila menteri baca buku pada kanak-kanak, suasananya pasti berbeza.
Begitulah juga yang dilalui sekumpulan kanak-kanak tadika dua (K2) PCF Sparkletots apabila Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, bersama para pegawai Polis Trafik (TP) membacakan buku cerita berjudul Road Safety with Kay and Bear Bear, kepada mereka.





