Aplikasi tempahan perjalanan terbaik Asia, AirAsia MOVE (dahulunya airasia Superapp) telah bekerjasama dengan Coras, platform pengedaran tiket global terkemuka untuk memperkenalkan MOVETIX, platform tiket serba baru dan inovatif.
Aplikasi ini membolehkan anda meninjau lebih 10,000 acara dan aktiviti global yang dilengkapi dengan kemudahan menempah penerbangan, hotel, perkhidmatan ‘e-hailing’ sekali gus.





