DOHA: Kumpulan militan Hamas berkata ia telah menyampaikan maklum balasnya terhadap cadangan perjanjian gencatan senjata di Gaza, dengan Amerika Syarikat melahirkan keyakinan bahawa perjanjian itu mungkin dapat dicapai.
Butiran respons Hamas itu tidak didedahkan serta-merta tetapi Qatar, yang membantu menjadi pengantara cadangan yang diserahkan kepada Hamas minggu lalu dan melibatkan pembebasan tebusan Israel yang ditahan di Gaza, berkata jawapan itu...





