MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, telah meminta maaf kepada Kalvin Phillips kerana berkata berat badan pemain tengah itu “berlebihan” apabila beliau pulang daripada Piala Dunia Qatar 2022.
Guardiola membuat komen itu pada Disember 2022, semasa beliau menjelaskan mengapa Phillips tidak disertakan dalam pasukan bagi satu perlawanan peringkat keempat Piala Carabao menentang Liverpool.





