Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Guardiola minta maaf kepada Kalvin Phillips

Feb 20, 2024 | 12:19 PM
Pemain tengah, Kalvin Phillips, berkata komen pengurus Manchester City, Pep Guardiola, bahawa berat badannya “berlebihan” menjejas teruk keyakinannya. Phillips kini dipinjamkan City kepada West Ham dan sedang melalui permulaan sukar di kelab itu.
Pemain tengah, Kalvin Phillips, berkata komen pengurus Manchester City, Pep Guardiola, bahawa berat badannya “berlebihan” menjejas teruk keyakinannya. Phillips kini dipinjamkan City kepada West Ham dan sedang melalui permulaan sukar di kelab itu. - Foto REUTERS

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, telah meminta maaf kepada Kalvin Phillips kerana berkata berat badan pemain tengah itu “berlebihan” apabila beliau pulang daripada Piala Dunia Qatar 2022.

Guardiola membuat komen itu pada Disember 2022, semasa beliau menjelaskan mengapa Phillips tidak disertakan dalam pasukan bagi satu perlawanan peringkat keempat Piala Carabao menentang Liverpool.

Apabila ditanya tentang komen itu awal Februari, Phillips berkata ia menjejas teruk keyakinannya.

“Saya minta maaf,” kata Guardiola berkali-kali.

Guardiola berkata beliau bercakap kepada pemain berusia 28 tahun itu, yang menyertai West Ham secara pinjaman pada Januari, apabila beliau pulang daripada berehat selepas Piala Dunia.

“Saya ada bercakap (dengan Phillips) mengenai perkara itu...

“Saya tidak pernah berkata sesuatu di sini (kepada media) tanpa bercakap dengan pemain,” tambah Guardiola.

Phillips sedang melalui tempoh permulaan sukar di West Ham.

Bekas pemain tengah Leeds itu membolehkan Bournemouth menjaringkan gol dalam sentuhan pertamanya bagi West Ham dalam perlawanan seri 1-1 pada 1 Februari.

Tiga hari kemudian, beliau bertanggungjawab membolehkan Manchester United menjaringkan satu gol dalam kekalahan 3-0 West Ham.

Phillips juga juga dilayangkan kad merah semasa perlawanan menentang Nottingham Forest, yang West Ham kalah 0-2 pada 17 Februari. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg