Pemerintah akan melabur hingga $500 juta bagi memastikan Singapura mempunyai kemampuan pengkomputeran berprestasi tinggi yang mencukupi untuk menyokong cita-cita negara dalam pembangunan keupayaan serta inovasi kecerdasan buatan (AI).
Ini kerana memastikan Singapura mempunyai prasarana asas untuk menggerakkan kegiatan AI adalah penting, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary.





