Sebanyak lapan daripada 68 masjid menawarkan sehingga tiga sesi sembahyang Hari Raya Aidilfitri, dengan kesemua masjid menyediakan sejumlah 228,760 ruang solat pada 2024, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di media sosial.
Lapan masjid yang mengadakan tiga sesi solat termasuk masjid Al-Mawaddah; Haji Mohd Salleh (Geylang); Khadijah; Al-Khair; Ar-Raudhah; Assyakirin; Abdul Gafoor dan Angullia.





