KAHIRAH: Rundingan gencatan senjata perang Gaza di Kahirah sedang mencapai kemajuan dan semua pihak telah bersetuju mengenai perkara asas, kata stesen televisyen kerabat pemerintah Mesir, Al-Qahera News, yang memetik sumber kanan Mesir.
Israel dan Hamas menghantar pasukan ke Mesir pada 7 April untuk pusingan rundingan baru mengenai potensi gencatan senjata dalam konflik enam bulan itu, berikutan ketibaan Pengarah Agensi Risik...





