DOHA (Qatar): Pemimpin Hamas, Encik Ismail Haniyeh, menafikan tiga anak lelakinya yang terbunuh dalam serangan Israel minggu ini adalah pejuang kumpulan itu, dan menegaskan “kepentingan rakyat Palestin didahulukan”, apabila ditanya apakah pembunuhan mereka akan menjejas rundingan gencatan senjata.
“Kami sedang berusaha untuk mencapai kesepakatan tetapi Israel masih berlengah-lengah dan mengelak daripada memberi respons kepada tuntutan kami,” katanya merujuk kepada rundingan...





