Pemandu kereta yang didakwa terlibat dalam nahas enam kenderaan maut di Tampines yang mengorbankan dua orang telah dihadapkan empat pertuduhan.
Muhammad Syafie Ismail, 42 tahun, didakwa di mahkamah pada 25 April atas tuduhan memandu dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian, memandu dengan berbahaya hingga menyebabkan kecederaan dan memandu secara berbahaya.





