Sekitar 200 tetamu hadir di satu majlis Perjumpaan Hari Raya bekas penduduk Pondok Gelam pada 1 Mei di Venice Ballroom, Allenby Road.
Tetamu yang terdiri daripada generasi ketiga hingga keenam hadir di acara yang dinamakan Ah Polong-Polong atau berkumpul – menyajikan acara seperti nyanyian, tarian, kuiz spontan serta jamuan.





