Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perjumpaan Hari Raya penduduk bekas Pondok Gelam

May 3, 2024 | 3:21 PM
Para tetamu dihiburkan dengan pelbagai acara serta jamuan yang disajikan.
Para tetamu dihiburkan dengan pelbagai acara serta jamuan yang disajikan. - Foto ihsan ENCIK BORHAN SAINI

Sekitar 200 tetamu hadir di satu majlis Perjumpaan Hari Raya bekas penduduk Pondok Gelam pada 1 Mei di Venice Ballroom, Allenby Road.

Tetamu yang terdiri daripada generasi ketiga hingga keenam hadir di acara yang dinamakan Ah Polong-Polong atau berkumpul – menyajikan acara seperti nyanyian, tarian, kuiz spontan serta jamuan.

Ketua penyelaras acara tersebut, Encik Borhan Saini yang juga Setiausaha Agung Kehormat Pondok Gelam, menganggap pertemuan tersebut sebagai peluang mengeratkan silaturrahim antara tetamu.

“Kesyahduan dan kerinduan dapat kami rasakan apabila setiap wakil keluarga memberikan ucapan bagi pihak masing-masing.

“Kami berharap acara ini akan menjadi acara tahunan. Kali terakhir kami berkumpul pada tahun 2007 sewaktu beberapa saudara kami masih ada,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg