Saya amat-amat bersyukur dan berterima kasih kepada sekalian para asatizah dan guru-guru agama sudi datang bersama. Kita dapat bertemu dalam majlis tahunan ini bersempena Aidilfitiri al-Mubarak dan tema pada 2024 adalah ‘Bersama Membina Ketamadunan Ilmu dan Kepimpinan Agama di Masa Hadapan’. Semoga dengan pertemuan kita pada malam ini, kita dapat terus merapatkan saf kepimpinan agama di Singapura, menongkah arus masa...





