PETALING JAYA: Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 telah mencapai kata sepakat bahawa agama harus dipisahkan daripada tindakan merosakkan yang dilakukan oleh sesetengah penganutnya.
Ia merupakan salah satu daripada 10 resolusi yang diluluskan semasa persidangan sepanjang sehari pada 7 Mei, seperti yang disampaikan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff.




