Penyanyi, Shila Amzah, selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei.
Berita gembira itu dikongsi suami Shila iaitu pempengaruh media sosial, Ubai MZ, melalui hantaran terkini di Instagram (IG), lapor Berita Harian Malaysia (BHM).
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kelahiran bayi sulung mereka itu tidak didedahkan.
“9 Mei 2024. Alhamdulillah, isteri saya sudah selamat bersalin. Gugur...




